Life and 2014







Sebelum baca, letakkan diri kau ditempat aku. Tak lama cuma sekejap. Nak tahu tak. Kau kene amik tahu jugak tak kira. Awal tahun yes awal tahun 2014 dikhabarkan dengan berita yang mengejut yang ayah ada sakit kanser. Aku macam what. Kanser. Setahu aku bila orang ada kanser ni dia kene kemoterapi. Ah peduli apa salah eja. Bila kemoterapi hidup dia tak lama. Jenis aku memang fikir negatif. Tapi sangkaan aku betul. Beberapa minggu selepas berita tu kami sekeluarga dikhabarkan dengan kanser tahap 3. Weh tak kelakar bongok kanser tahap 3. Tak kelakar. Bukan dalam drama tapi terjadi dekat family aku ayah aku sendiri. Sebelum dapat tahu ayah kanser stage 3 aku still penghuni asrama atau aphan. 



Meh sikit terobek situasi tersebut. Tengah prep petang tetiba warden datang bilik study cakap "namirah mana, kemas barang eh kejaplagi abang awak datang dari shah alam amik awak" hahaha tak kelakar bodoh tetiba abang aku datang jejauh semata mata nak amik aku. Aku dah fikir mesti ada benda yang terjadi kat ayah. Lepas kemas barang aku lepak dekat astaka  depan tetiba aisyah datang pakai telekung tetiba peluk cakap "sabar eh aku pernah rasa apa kau rasa" kau tahu dekat asrama ramai ayah dorang meninggal i was like ok ok. Kita cepatkan situasi okay. Sampai hospital aku tengok ramai adik beradik ayah aku menangis bagai aku macam ehh ehh apa jadi ni pastu aku duduk sebelah makcik aku tetiba dia cakap "mintak maaf dengan ayah cepat takut tak sempat nanti" apa perasaan kau bila orang cakap macamtu? Tak payah rasa sebab kau kau takde kat tempat aku. Masatu ayah kat icu zon merah weh. Zon kritikal. Bahaya. Apa apa boleh jadi. Then aku pun masuk aku macam nak rebah kau tahu even ayah aku sakit pun aku dah sedih ni ayah kau ayah kandung aku macam "weh ayah aku ke kat depan ni ayah aku ke" Tak cakap banyak terus mintak maaf mintak halalkan makan minum paling penting mintak restu untuk spm. Time tu ayah dah bergantung pada oksigen semata mata. Kemudian kitarg kene tunggu untuk ayah dipindahkan ke wad. Kau tahu jela hospital kerajaan macam mana. Lepas ayah masuk wad kiterg sekeluarga boleh masuk. Time tuh nangis tak guna. Ayah perlukan doa, ayat ayat alquran. Time tuh ayah langsung tak bercakap atau lebih dikenali sebagai koma. Ayah yang dulu kurus sekarang gemok penuh dengan air. Lepastu kiterg bawak ayah balik kg. Duduk hospital lama lama buat apa? Doktor tak boleh buat apa dah. Sekarang semua berserah pada kekuasaaan Allah, Masa nak transfer ayah masuk dalam ambulans, oksigen kene cabut sebab nak tukar tong gas time tu aku nampak ayah macam sesak nafas aku dah risau lain macam ibu dah nangis semacam. Aku teman ibu drive, akak naik ambulans, yang lain naik makcik sedare. Dalam kereta ibu cakap "ayah kuat tunggu kiterg sampai" aku dah menangis laju gila. Sampai sampai je ayah sesak nafas teruk gila. Kejap nafas teruk kejap nafas rendah. Eh mana ada risau. Tak. Malam tu baca yassin tak henti gilir gilir. Paling setia ibu. Ya allah, kau kurniakanlah syurga kepada kedua dua ibu bapaku. Sabtu pagi, orang dah mula datang baca yassin. Dalam tengah hari macamtu, kumpulan yasin wanita datang then ada makcik ni suruh aku baca surah nazak untuk ayah. Tengaharitu ayah dah mula tunjuk reaksi negatif. Abang dengan akak gegilir ajar ayah mengucap. Part aku tak tahan bila akak cakap macamni "ayah pergilah dengan tenang, akak jaga adik adik semua, ayah jangan risau, akak tak sanggup tengok ayah menderita" weh aku dah non stop cry. Setiap kali bila ayah cakap ayah lenguh badan ayah nak urut time tu semua nangis sebab tahu tu petanda ajal nak datang, Aku tahu ayah nak nangis bila akak cakap macamtu tapi dia tahan sebab aku nmpk ayah macam kesat mata dia bila air mata nak turun. Lepas asar, ada sorg ustaz dtg dgn 3 org ank buah dia dr tahfiz sebab dia nak permudahkan perjalanan ayah so aku pun decide la nak duduk dalam bilik nak rehatkan badan sambil bercakap dengan ibu "nanti kejut akak pukul 6 taw" tetiba pukul 5 makcik2 dah panggil waris datang rupanya ayah dah meninggal dah pergi dengan tenang. Takpe ayah, Allah lebih sayang ayah. Aku tak pernah sangka aku akan kehilangan ayah secepat ini. Walaupun lagi rapat dengan ibu dr ayah tapi ayah kandung kot takkan kau tak sedih. Bodoh kepe. 


Masa ni, aku jumpa sahabat. Yes masa susah. Tak ramai. Sorang mungkin. Mekasih qila sebab datang dari jauh. Mekasih sebab selalu ada masa aku tak boleh berfikir logik. Maseh. Semoga Allah jaga persahabatan kita. Hingga syurga. 


Ayah,
Terima kasih sebab besarkan akak.
Terima kasih sebab bagi kasih sayang,
Terima kasih sebab lahirkan akak ke dunia,
Terima kasih sebab jadi ayah yang baik, hebat,
Terima kasih sebab ayah sabar dengan perangai akak,

Ayah,
25 Januari ni genap ayah setahun,
Semoga ayah dirahmati,
Ditempatkan dalam golongan orang orang yang beriman,
Dan dimasukkan ke syurga Firdaus.


Ayah,
Tipu kalau tak sedih bila tengok ayah orang lain melawat anak mereka kat asrama,
Tipu tak sedih tipulah.

Ayah,
Sekali seumur hidup ayah melawat akak dekat asrama tu pun kejap je ayah bagi makanan dengan duit belanja pastu ayah balik,
Takpe akak faham ayah busy.
Itu the first and last ayah datang melawat yah.

Jangan label aku kuat. Aku tak mampu. Orang dok tweet "tak dapat gambarkan bila parents kita meninggal". Itu yang aku rasa. Lagi perit. Sebab aku tak mampu nak jaga ayah. Aku mampu doa dari jauh. Nangis dari jauh. Rindu dari jauh. Kau rasa aku anak apa? Anak yang tak mampu berbakti kepada ayah sendiri. Tak mampu nak jaga ayah sendiri bila sakit. Takpe lah akak dah wakilkan aku untuk jaga ayah.

Ayah,
Ingat yah dulu kita food hunter? Hahaha ayah tak pernah kedekut kalau bab makanan. Tak pernah yah. Mana tempat akak pergi makan dengan ayah mesti akak akan cakap "ini tempat kesukaaan ayah" Yah, kenapa ayah tak pernah cakap ayah ada sakit? Kenapa yah. Lagi sakit bila dengar ayah ada kanser. Yang akak tahu bila kanser susah nak pulih. Hidup tak lama. Takpe la mungkin ada sebab ayah berahsia kan.


Inilah kisah 2014 aku,
2014 yang suram masih terasa kehilangan. Bilangan keluarga daripada 7 berkurang kepada 6. 


Ayah, damailah, pergilah dengan tenang. 

Mulai 2015 akak redhakan pemergian ayah. Al-fatihah.


Yang benar,
Anakmu

Namirah binti Farok